Kehidupan awal Philibert Tsiranana

Beliau dicatatkan lahir pada 18 Oktober 1912 di Ambarikorano, kawasan Sofia timur laut Madagascar.[1][2] Ibu bapanya Madiomanana and Fisadoha Tsiranana, merupakan peladang ternak lembu zebu Katolik etnik Tsimihety.[2]

Philibert pada asalnya mahu menjadi peladang juga.[3][4] Namun, kematian ayahnya tahun 1923 mendorong beliau bersekolah atas cadangan abangnya, Zamanisambo untuk memperbaiki hidup; beliau bersekolah di Anjiamangirana.[5]

Beliau menjadi guru di kampungnya setelah menamatkan pengajiannya.